Tuesday, April 13, 2010

Mood yang tidak menentu...

hari ini...entah kenapa mood tak menentu. mestilah orang kata "perempuan biasalah tu...kalau mood macam tu mesti datang bulan...". apa-apa sahajalah..ikutlah nak kata apa. buat karangan English tadi pun tak boleh nak fikir dengan betul. pening..serabut...entah apa yang aku fikir dalam otak ni. macam apa yang aku buat hari ini semuanya tak kena. hal yang kecil pun aku nak naik angin....argh....sabar....baik aku bersabar...

ni keratan artikel yang ada cara nak atasi kemarahan :

OLEH ITU
HINDARI SIFAT PEMARAH...
BERMOHONLAH DI PENGHUJUNG MALAM KEPADA NYA
YA ILAHI YA RAHMAN...YA RAHIM...
KIKISKANLAH SEGALA SIFAT2 KEJI DARI HATI INI,
BAYANGKAN WAJAH SAHABAT2 YG PALING BANYAK BEKERJA BERSAMA DALAM GERAKAN ISLAM,
PANDANGLAH BAYANGAN WAJAH ITU DENGAN RASA KASIH SAYANG
SEBUTLAH NAMANYA DI CELAH2 DOA RABITAH
FA WATHIQILLAHUMMA RABITATAHA WA ADDIM WUDDAHA....


AMALKANLAH KEBIASAAN BERWUDHU SEPANJANG MASA
BIASAKAN BERSEDEKAH DENGAN SENYUMAN
SEBARKANLAH SALAM
BERPELUKANLAH SETIAP KALI BERJUMPA SAHABAT SEPERJUANGAN
LIHATLAH MATA SETIAP DARI MEREKA SETIAP KALI BERMUSYAWARAH DAN APABILA BERKATA2,
UCAPKAN KATA2 PADANYA...AKU KASIHKAN KAMU FILLAH WA LILLA....





mungkin juga...lebih baik aku menyendiri..pendam sahaja. tapi bukan senang nak pendam sahaja kemarahan tu. itulah gunanya sahabat. salah satu sahabat aku ni. memang pendengar yang baik. kalau ada masalah dia dia yang dengar sebab waktu tu juga mesti dia selit-selit cerita pasal dia...tapi nanti dia dah tak de kat sini. sambung belajar ke tempat orang. bilalah aku nak jadi macam dia? aku pun teringin juga nak merantau tempat lain...setakat ni aku merantau negeri orang adelah.. nantilah... kalau ada rezeki, aku sambung master kat negara orang...

sebelum aku sambung degree ni, aku kena pulun habis untuk EPT ke-2...insyaAllah...aku harap aku dapat pergi ke Gombak dengan kawan-kawan yang lain...lagi 4 minggu untuk habiskan semester akhir ni...insyaAllah....





No comments: