Friday, May 14, 2010

Full of Drama

salam.

tepat 7.30 pagi terus ke LRT Taman Jaya ke KL Sentral dan dengan KTM menuju ke Padang Jawa di Shah Alam...(berdekatan dengan Klang..nasib baik tak terlepas). ya, dan kali pertama menaiki koc wanita dalam KTM! memang selesa....(thums up to KTM!). tetapi masih ada lagi yang tidak memahami apa itu koc wanita kerana masih ada segelintir lelaki yang menaiki koc wanita. mungkin mereka tidak memahami apa yang ditulis.


setibanya di Stesen Padang Jawa, bush! masalah besar datang. bekas dorm mate aku, Amelia kata "apa punya janjilah abang tu. kata nak bagi kereta sewa myVi. ni tak kasi wira yang macam dah 10 tahun. apa punya janji ni?". kalau dengar betul-betul, ya, dengan nada dan ton yang amat garang. luaran, kereta itu memang nampak baru. bila buka sahaja pintu, cermin tak betul, hon tak boleh pakai dan ada juga bahagian yang hampir terkopak. minyak pula betul-betul kosong. nasib baik sempat dibawa ke stesen minyak.



destinasi seterusnya, Seremban. Terminal 1 dan mencari-cari Nurhidayah Md Nasir @ Stella. kejadian pertama yang menimbulkan perasaan cuak apabila berhenti di hentian PD. enjin kereta tidak boleh dihidupkan. cuak...alhamdulillah. ada jugakpak cik ni tolong. rupa-rupanya bateri kereta tidak dipasang dengan betul. memang sungguhlah tauke kereta ni.



MUAR! akhrinya tiba juga. perjalanan kali ini rasa macam sekejap sungguh berbanding waktu dulu. mungkin kerana sudah lama tidak menjejaki Muar ni. dan SAMURA pula, banyak perubahan. semuanya baru. biasalah selepas kejayaan, sekolah dapat peruntukan dan menaik taraf sekolah. tak adil sungguh. DM @ dewan makan, sekarang sudah tersedia terhidang. bukan seperti zaman sekolah dulu. "wey, nak couple dengan ko", "wey, ko amik air aku amik makanan"....dan pelbagai lagi. gim pula sudah disediakan. dorm pula sudah di cat mengikut warna rumah. KUNING! masuk dorm terus terbeliak mata. cerah sungguh. dan pejabat sekolah pula, dalam wajah baru. semuanya baru di SAMURA. oh, ya...semalam hari Khamis. ya, cikgu-cikgu wajib pakai pakaian batik. begitu juga pelajar! ini satu pembaharuan. waktu sekolah dulu, baju batik hanya dipakai ketika majlis rasmi. wah, SAMURA maju sekarang. sperti batch aku, batch 26 juga mahukan tugu. dan tugu mereka juga hampir siap serta bersebelahan dengan tugu batch 25. ya, kami di belakang. haih.




satu lagi kejadian yang mencemaskan berlaku apabila tayar kereta bocor. yang ini berlaku di tengah-tengah bandar Muar. aku pun pelik kenapa orang memandang kereta. rupa-rupanya tayar pancit habis. patutlah berbunyi. dan sekali lagi, nasib baik Syahmi @ Toya ada. dia pula, bersungguh-sungguh mahu menukar tayar. dan sekali lagi, perasaan hampa dan marah datang apabila tool box di belakang kereta kosong semata. geram sungguh. pulak tu, spare tayar tidak ada angin. abang, kalau nak kasi sewa kereta pun, janganlah sampai macam ni. nak berniaga pun, berniagalah dengan berhemah sikit. terpaksalah dibawa ke stesen minyak untuk diisi angin. haih, sabar ya wahai Syahmi dan Amelia. macam inilah yang akan diingat selama-lamanya. haih, kesian diorang. dan kemudian berjalan-jalan di bandar Muar. seterusnya pulang ke Kuala Lumpur. penat tetapi seronok. dan pengalaman yang mengajar supaya berdikari. macam manalah kalau semua ini berlaku ketika aku keseorangan?



No comments: