Monday, May 31, 2010

Ta'aruf 2010/2011 : Induction 1

salam.

yep..it has been quite a long break i didn't update my blog. kind of busy with Ta'aruf Week or we call it Tawe. first of all, i'll change to BM first, in case if i'll do many grammatical error.

Taaruf Week 2010/2011



fasa 1 : Induction week

hari pertama :

sesudah tiba di CFS ni, terus mendapatkan kunci bilik. memang awal-awal dah tahu, KC 801. hujung sekali dan tingkat atas (dalam hati, nampaknya kenalah naik tangga hari pendaftaran nanti...sebab lif sah sesak). paling awal tiba di KC 801. sementara menunggu Syafiqah Shaharil, dengan menggunakan wifi CFS tonton cerita Personal Taste. semestinya perlahan menunggu untuk di muat turun. tepat pukul 2 petang, Syafiqah Shaharil tiba dan terus mendaftarkan diri di STAD. memang ramai committee Ta'aruf ni..lebih kurang 300 lebih..378 kalau tak silap. tiba nak daftar ni, tercari-carilah nama. tak jumpa-jumpa. tiba-tiba Syafiqah Shaharil a.k.a Sapek kata "weh, nama hang kat depan ni lah". dush....assistant head registration...dup...terkejut... bukan apa tapi beratnya tanggungjawab tu. takut-takut tak boleh bawa..

di 801 pula, dalam senarai nama mahallah, bilik ni ada 5 orang. agak terkejut.. macam mana boleh muat 5 orang sedangkan ada 4 katil? tapi yang pasti Farah Nadzirah tak jadi datang. tinggallah 3 orang kerana seorang lagi tukar bilik. akan tetapi, waktu petang itu, Atiq Johar pulang ke CFS. pada mulanya sekadar pulang. tapi memang dia berniat untuk menjadi committe. cuma tidak kesampaian.

p.s- first sms masuk dari no tidak kenali

"salam. malam ni perjumpaan di amf wajib semua committee ke?"

salah satu ahli biro yang baru sahaja kenal, Amirah Abu Bakar. rindu mereka...


pada waktu malam, perjumpaan pertama antara semua committee dan Madam Humaiyah. dan dapat merasakan nama akan dipanggil untuk berdiri di hadapan (sama seperti perlantikan IDEA committee members...gemuruh datang). takut...gemuruh...dan pada malam inilah, meeting pertama dengan management committee di mana semua ketua biro bermesyuarat bersama dengan Programme Manager (ketua) dan juga Brother Hisham (deputy dean STAD). terasa diri ini sangat kerdil kerana mereka yang berada di sini adalah ahli FSCC kebanyakkannya.


hari kedua :

perjumpaan pertama bersama-sama sub committee yang lain. ya, perasaan takut hadir sekali lagi kerana takut akan "first impression" yang negatif. tapi alhamdulillah...semuanya baik sahaja. hari ini jugalah first meeting bersama staff committee members. penerangan tentang registration day. oh ye, head committee registration, Brother Hamidi pernah menjadi head committee pogramme coordination untuk Tawe tahun lepas. berpengalaman...

petang pula, perjumpaan semua committee tawe di amf. dan sekali lagi management committee meeting. menjadi salah satu ahli management committee memerlukan banyak pengorbanan. masa dan juga credit....tak mengapa....ikhlas dalam melaksanakan tugas..insyaAllah..

malam pula, ya masih ada taklimat tentang hari pendaftaran nanti. seperti biasa management ada meeting pada setiap malam dan berakhir pagi buta.





4 comments:

the unknown said...

taaruf's like orientation eh? been hearin that word from ppl but never really knew what it entails.

farhana fadzil said...

yup...ta'aruf is an arabic word..
means berkenalan..

farhana fadzil said...

btw, can i know who are you?

the unknown said...

as my name suggests, i am the unknown :P