Monday, June 14, 2010

Dari Kluang...

salam.

baru sahaja pulang dari kampung di Kluang. sementara adik-adik semua sedang cuti sekolah, kitaorang pun balik kampung melawat tok wan. sudah 4 bulan arwah tok meninggal dunia. semua orang pasti akan kembali kepadaNya...
cerita lain pulak, pertama kali menyaksikan pertungan india. jiran depan rumah tok. anak aci tu bertunang. mula-mula tu tengok biasa je, sama macam orang melayu.. tapi bila dah petang tu, diorang dah pasang segala perhiasan...macam nak kahwin..(maaf tiada gambar).


(gambaran sahaja)

bayangkan ini baru sahaja pertunangan, kalau kahwin nanti mesti lagi meriah. petang tu pulak bila rombongan pihak lelaki datang, gegendang pun mula berlagu. bukan main lama lagi. Satu Malaysia lah katakan...macam-macam bangsa dan hasilnya macam-macam tradisi.


dan lain hal pula dengan kes sebelum balik ke rumah tadi. faris (adik) tertinggal kunci kereta di dalam 'bonet' kereta. mulanya, dia kata dah kasi mama. tapi sebenarnya tidak....jadilah kes dulu sperti mana dia misplaced kunci kereta. faris, faris....cepat sangat lupa..bacalah doa tidak mudah lupa..
Doa tak mudah lupa..

"Allaahumma awwir bil kitabi bashari wasyrah bihii shadrii was tamil bihii yadanii wa athiiq bihil lisaanii waqawwi bihi janaanii wa asri bihii fahnii waqawwi bihii ‘zmii bihawlika wa quwwatika fa innahu laa hawla walaa quwwata il9la bika yaa arhamar raahimiina. Alaahummas tawda’tuka maa’ allamtaniihi fardudhu ilaa ‘indahaajatii liayhi walaa tansaniihi yaa rabbal ‘aalamiina"


minta tolong dengan aci depan rumah tok..dan mertuanya yang tolong. memang baik dan 'concern' sebab tolong cuba buka. tapi tak boleh juga. dia pergi ke kedai dekat bandar dan panggilkan mekanik. tak cukup tu, lepas selesai je mekanik tu buka. dia telefon untuk pastikan yang semuanya selesai...'concern' kan? walaupun berbeza bangsa dan agama. susah nak cari orang macam tu sekarang..







No comments: