salam.
masuk hari ni dah 10 hari berpuasa di IIUM ni. terawikh pula, jika ada kelapangan dapatlah pergi. masjid sudah, surau kaed sudah, di mahallah pun sudah walaupun mahallah Safiyyah ni tiada surau.
sejak kebelakangan ni, kerja-kerja studio tidak seberat sebelum ini. mungkin bulan ramadhan ni madam memberi sedikit kelonggaran. kepelikkan pun ada juga timbul. bak kata Ghaffar " eh, kiranya minggu ni kita tak busy sangatlah kan?"...dia ni bak kata madam "kamu ni berbakat, tapi lambat..."...memang pun..mana taknya, satu shrub diwarnakan dalam jangka masa yang lama. haih...bakat oh bakat.
dan sejak dua menjak ni, "Landscape Architecture Design" ni telah menimbulkan minatnya..eh, terbalik..minat mula timbul dalam subjek ini ( akibat tidak dapat mendaftarkan diri untuk Bahasa Melayu Lanjutan.). hari ini, hari di studio agak berbeza daripada sebelum ini. tazkirah di pagi jumaat. a good starter for the day.. dan seperti rutin harian, maaf bukan harian tapi telah menjadi kewajipan bagi kami di studio 23 untuk melaksanakan latihan tambahan iaitu melukis segala yang asas bagi landskap grafik..mana tak nya. masing-masing melukis satu garisan pun tak lulus. bak kata brother "tangan awak tu keras lagi..."... dan inilah perkataan yang sering di "ingredient"kan oleh manusia-manusia di studio 23. dan hari demi hari pula, kami mula memahami madam. memang beliau bersungguh-sungguh mahu kami dapat lakukan yang terbaik. dari satu meja ke satu meja, mesti ada sahaja yang tak kena. dan dari situ juga lah, madam memberi tunjuk ajar kepada kami. so, as quote says "Don't judge the book by its cover..."..
p.s- madam kasi "top-up" kurma and suruh bawak kuih raya lepas raya nanti..
2 comments:
madam memang nak yang terbaik dari anak murid dia.
insyaallah things get better.
TAPI SAYA TETAP NAK BUAT PAVEMENTS BULAT2 hahaha
hmmm...mkay..human is unpredictable kan??
Post a Comment