salam.
bunyi mercun sudah boleh di dengar..bukan di rumah tapi di UIAM ini. mesti ada sahaja yang bawa mercun. tak kisahlah mercun "pop" sekali pun. satu hari ini badan terasa sangat penat. kepala berat. well, frankly to be said us the whole studio didn't get the time to sleep as all of us are having presentation. hari khamis lepas, semua "stay up" bersepah-sepah. di tutorial room, di kaed gallery dan juga kafe kaed sambil ditemani kucing yang bijak. (membuang bahan buangan di tempat yang strategik...nasib baik bukan di presentation board). sejak hari rabu malam khamis, tidur hanya untuk sejam dua sahaja. mata terasa berat. tapi apakan daya, kenalah pulun habis menyiapkan 18 keping presentation board.
sebenarnya, "stay up" berjemaah ini dapat mengeratkan lagi atau mengenali manusia-manusia yang duduk di studio 23. ada kebaikan dan juga keburukkan "stay up" ini. berbuka bersama dan bersahur bersama. itulah antara kejadian yang telah menjadi sejarah bagi hari-hari yang berlalu. mungkinkah akan datang lagi hari-hari seperti ini?
keadaan studio kelmarin, tidak dapat diinterepertasikan...(speechless..). memang sangat 'kemas'. masing-masing tidak kisahkan keadaan sekeliling. atas meja, lantai dan di mana-mana sahaja ada kertas, pen, pensel. bila tiba waktu begini, barang-barang semua tidak dikisahkan. esoknya baru mula tercari-cari.
seperti biasa, hati kami sebenarnya sudah kental. lakukan apa sahaja ke atas hasil kerja kami. hati kami sudah tegar. akan mengambil pengajaran dari kesilapan. insyaAllah tidak akan kami ulanginya. dna pada masa yang sama juga, kami mendapat "hadiah" daripada madam. inilah dia "goodies" raya...memang kami beraya sakan.
p.s- packing for Lumut, Perak research on mangrove ecosystem. wish me luck..
2 comments:
alolo..cian korang..tp amcam??best kan berbuka sama..bersahur sama..kalau dulu time studio x dek masalah kunci2 ni..kitorang selalu jek sahur sama..sorang akan wat air..ade yg wat kan sandwich..then sahur sama2..pas tu terlentang..
haha..seems u guys work a lot..no worries..enjoy cuti raya ni k!
selamat hari raya:D
best2...sahur sama2 skali dgn kucing yg pandai tu..tu la...npe tibe2 dia nak kunci studio ea?? dah nama studio ni tempat buat kerja, bg je la student guna....
enjoy pun cam x enjoy je..assignment melambak...
happy holiday and selamat hari raya too.... nak duit raya.. ^__^
Post a Comment