salam.
manusia sememangnya tidak sempurna. memang, diri sendiri ini mungkin pernah menyakiti hati orang. bukan pernah tapi memang pernah. maaf...manusia tidak sempurna kan? mungkin kita sering mencuba sedaya upaya kita untuk menjaga hati dan perasaan orang. tapi pernah tak mereka menjaga hati dan perasaan kita? sebenarnya tanpa kita sedari masing-masing dan kedua-dua belah pihak pun bersalah. yang ini akan berkata begitu, dan yang itu akan berkata begini. siapa yang patut mengalah?
orang lain hanya nampak dan mengenal kita secara fizikal. namun itu, tidak cukup. tidak semestinya gambaran luar menunjukkan segala-galanya. betul kata kumin : "kita tak kenal kawan kita sepenuhnya..". luar mungkin kita nampak ok. dalam, tiada siapa yang tahu isi hati ni. kadang-kadang ada benda yang perlu kita pendam ada juga yang perlu kita luahkan. tapi kita mestilah bertanggungjawab atas apa yang kita katakan - Quote dari madam aniza. kata-kata yang diluahkan oleh seseorang mungkin menyakitkan hati. lumrah hidup. bohonglah kalau manusia tak pernah terasa hati. tapi, semua itu hanya sementara. tak elok kan kalau pendam sahaja perasaan geram tu...sabar..mungkin itulah jalan yang terbaik..
ini semua hanya pendapat sahaja. tidak ada kena mengena dengan sesiapa... =)
No comments:
Post a Comment