salam.
akhirnya alhamdulillah. selesai sahaja pembentangan siang tadi degupan jantung kembali normal. sangat gemuruh bila setiap kali buat pembentagan. kerja tidaklah sehebat mana. kerja "last minute"...hasilnya, tidak boleh diungkapkan. redha dan bertawakal kepada Allah..sekadar mengharap lulus dan dapat terus ke semester baru. amin...
tapi selalu terfikir, kenapa tak boleh siap kerja awal? seperti yang madam cakapkan "kalau ke studio, pertama sekali mesti berborak-borak dulu..dah penat baru nak buat kerja.lepas tu mata dah mengantuk...kerja pun tersadai.."...tepat sekali kenyataan madam. itu salah satu faktor. atau pun memang faktor utama kan? berharap sangat agar kesilapan ini, tak akan diulang lagi...harap-harap...
dan seperti biasa, kertas kerja atau "board presentation" mestilah ditambah dengan lukisan dan tulisan merah. semua ini adalah proses pembelajran. mana ada manusia tak buat kesalahan kan? cumanya, kali ini, tidak puas hati dengan hasil kerja sendiri. usaha tak cukup lagi. dan ketika pembentagan tadi, cemburu lihat kawan-kawan yang lebih lawa kerja mereka...
let it be the burner to be better next time.
No comments:
Post a Comment