seminggu sudah berlalu selepas secara rasminya pergi ke kelas. mula sahaja masuk studio agak terkejut sebab madam tandakan kedatangan minggu lepas secara "tidak hadir tanpa sebab". apa-pa pun, masalah itu sudah diselesaikan. dan juga masih dalam zon untuk menyesuaikan diri dengan pensyarah atau studio master baru. rindu pula madam aniza.
kebelakangan ni,
semangat untuk mulakan semester baru tiba-tiba pudar.
entah kenapa..
mana hilangnya "mood"untuk berpulun.
janganlah larikan semangat dulu.
kebelakangan ni,
sering terfikir tentang perasaan.
entah kenapa.
bila fikir balik, macam buang masa sahaja memikirkan perkara yang tidak berkemungkinan akan berlaku atau dalam kata mudah mustahil.
satu penytaan yang di terangkan oleh Dia,M yang menarik perhatian adalah "there are certain *invisible points yang we would fall for. kita tak perasan, but somehow it occurs..."
susah sedikit nak faham.
mungkin ini adalah salah satu perkara biasa dalam fasa hidup ni. sudahlah, baik fikirkan kerja yang tak siap lagi ni.
more to spill out later...
No comments:
Post a Comment