rasanya dah lama tak menulis. dalam hati ada sahaja yang nak ditulis tapi bila buka browser terus hilang kata-kata hati yang nak disampaikan.
"My mom told me that sometimes people have to cry out their
tears to make room for a heart full of smiles."
sebenarnya, hati tak tenteram sangat. banyak sangat dosa yang telah dilakukan. aku cuma hanya mampu berdoa dan berusaha elak daripada melakukan sifat-sifat mazmumah. setiap hari aku bermohon supaya hati aku kuat, teguh. aku tahu, aku banyak buat salah bukan dengan Dia sahaja, dengan ibu ayah, kawan-kawan. kadang, tanpa sedar aku lakukan kesalahan tu. aku sentiasa bermohon agar aku sentiasa tabah. luar aku mungkin nampak teguh, tapi dalam, hanya Allah dan aku sahaja yang tahu. biarpun orang lain macam itu, biarkan sahaja. sebab hati manusia semuanya lain-lain. dan aku berharap aku sentiasa dapat bersabar. perlahan-lahan aku cuba terima. kadang, aku rasa lebih tenang berseorangan. tapi tak mungkinlah masalah-masalah itu selesai kalau aku hanya berdiam. aku akan cuba cari jalannya. cumanya, setiap hari aku bermohon agar aku sentiasa kuat. amin.
No comments:
Post a Comment