Thursday, April 29, 2010

Best Day

salam.
argh...hampir-hampir tertipu dengan lakonan sahabat-sahabat aku siang tadi. geram.
semuanya bermula sejak pagi selepas bangun tidur. penat sahaja mengejut Jannah Shukor yang memang degil untuk bangun pagi (fakta : memang susah untuk dikejutkan, auta : hanya sekadar lakonan). yang membuatkan aku terharu adalah Jannah Shukor sanggup ponteng kelas bagi menampakkan lakonan itu betul. hari pun berjalan seperti biasa sehinggalah ke petang. seperti biasa. laptop di buka, dan melayari internet-facebook. sedang aku rancak ber-IM bersama kak fadh, Maryam Aida datang meluru ke dalam bilik dan berlakon "jen dah lama dalam shower tu..tak keluar dari tadi..". saat ini aku sudah pun tertipu. aku tahu mereka mahu mengenakan aku, cuma masanya tidak diketahui. aku pun pujuklah Jannah Shukor untuk keluar dari shower, kononnya dia sakit. lagak seperti sakit. rancangan mereka hampir-hampir tidak menjadi apabila aku keluar semuala untuk mengunci bilik. Maryam Aida pun terikut-ikut aku sehingga ke bilik. agak tertanya-tanya mengapa Maryam Aida mengikuti aku sampai ke bilik? kembali ke bilik mandi, secara tiba-tiba Jannah Shukor pun buka pintu dan aku terus disimbah dengan air yang bercampur ais dan sabun. tapi airnya tidak begitu sejuk. dalam hati "haish......siap korang....*&$^#!@&....(tapi tidaklah mencarut..)..". aku terus lari dan lari sampailah jatuh di kaki lima di hadapan bilik. argh...semuanya gara-gara mereka. nasib baik baju mahu dibasuh. dan meletuslah peperangan air.....aku melawan kawan-kawan yang sengal. semuanya gembira. hilang masalah. kosong fikiran.

aku bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan seperti mereka ini. mana lagi boleh aku cari mereka? dan seperti yang dikatakan dalam video 25 things I hate about Facebook by Julian Smith, memang bila tibanya hari jadi, wall di facebook anda akan dipenuhi dengan ucapan dari kawan-kawan. dan aku pun membalas setiap satu per satu. terima kasih ya....

ini salah satu idaman aku yang belu mampu dimiliki kerana tidak mempunyai wang yang cukup.



dan ini pula


hadiah daripada teman bilik aku. semestinya bukan secara realiti. hanya gambaran sahaja. mereka tahu aku inginkan ini. tunggu sahaja bila aku mempunyai wang nanti.



kesimpulannya,

-aku bersyukur kerana Allah S.W.T memanjangkan umur aku.

-terima kasih yang tidak tehingga kepada sahabat-shabatku sekalian. tiada apa dapt aku balas -melainkan mendoakan kalian dirahmati Allah S.W.T.

-sayang kamu semua dan terima kasih...

-jumaat- pulang ke rumah, makan bersama keluarga...




4 comments:

Impiana Mayana said...

Epy bornday!!!!!!!!!!!!!!!!!
^________________^

farhana fadzil said...

nadh...
thanks yeah!!!

fad said...

nice cake...
nk sikit!!
hehe happy bufday mama :)
with love.

farhana fadzil said...

hahaah...kak fadh..
kek kat dlm fb je tu...
kak fadh mesti reti buat kek kn?
buat la satu..
thanks anyway... =D