akhirnya berkunjung tiba juga dikau wahai Ramadhan...(ayat puitis kononnya).
ok. berganjak kepada yang lebih serius. malam pertama ramadhan, berterawikh di masjid di IIUM.. alang-alang dah dekat dengan Safiyyah. wah, bukan main penuh lagi...kereta pun banyak. inilah senario yang biasa dilihat pada awal-awal ramadhan.. harap-harap kekal macam ni sampai akhir ramadhan..
banyak sungguh kereta keluar usai solat terawikh
kalau dah nama pun bulan puasa, memang sah lah ada bazaar ramadhan...akan tetapi, nak bergerak ke sana.. memanglah sangat "dekat"....tercabut lutut. teringat pulak bazaar dekat CFS dulu..dekat dan lagi banyak pilihan. (tiba-tiba terindu pulak ais kirm goreng).
dan bila dilihat jadual studio pulak...sepanjang ramdhan ni, tak sepenuh hari-hari biasa... =) (muka gembira). tapi mestilah ada perubahan, tak mungkin madam lepaskan kami kosong sahaja..
di rector...
p.s- Selamat Berpuasa dan Beramal....
No comments:
Post a Comment