without realising how fast the time past by..
18 DAYS TO GO
and what it is? PORTFOLIO DAY...
hari yang memang dinanti-nantikan...mungkin, tanpa kita sedari betapa lajunya masa ni berlalu. kerja bertimbun-timbun. assignment, report, studio...kadang-kadang serabut kepala memikirkan semua ini. dalam hati berkata "slow-slow...sikit-sikit dulu...". tapi hakikatnya boleh pula segala kerja dilakukan perlahan-lahan? semuanya perlu di hantar esok, lusa, tulat...satu perkataan yang boleh diucapkan...penat..
memanglah penat. kita hanyalah manusia biasa yang ada tahapnya. badan ini bukannya robot di mana kita boleh bekerja 24 jam.. tapi sudah menjadi kebiasaan untuk "stay up" menyiapkan kerja-karja dan tugasan. mata menahan mengantuk..kadang kala tergelak sendiri melihat mereka yang terseguk-seguk membuat kerja. dan juga, kadang-kala kita sendiri mamai dan tersilap tulis apa yang dicatatkan (pernah berlaku di dalam peperiksaan semasa di sekolah...dalam hati gelak sendiri.. =) )
dan waktu ini jugalah pelbagai cabaran dan ujian datang. "lap top" tiba-tiba dijangkiti virus. sakit hati. nasib baik assignment masih dapat diselamatkan. bukan itu sahaja, kesihatan pun agak terjejas..mana taknya, waktu tidur tidak betul. kadang-kadang tak tidur langsung menyiapkan"drafting".
dan kita manusia hamba Allah S.W.T yang tidak sempurna mestilah pelbagai kesalahan yang kita lakukan. betul kan? memang pun..sedang mencuba untuk mengelak daripada kesalahan itu. namun, disebabkan sikap sesorang itu begitu, maka terjadilah kesalahan itu... memang betul lah manusia ni pelbagai ragam..
teruskan kehidupan ni..
"designkan kehidupan dengan yang terbaik.."
rindu pula mereka ni..
No comments:
Post a Comment