salam.
sekejap bukan? apa yang habis?
setiap kali habis semester mesti ada entri tentang kesimpulan setiap semester yang berlalu. dan kali ini, semester satu tahun pertama sudah pun habis. hati lega..bersyukur kerana sudah tamat. tapi hati tak juga lega..siapa yang tak lega selagi keputusan semester tak dikeluarkan? apa yang tinggal hanyalah tawakkal dan doa kepada Allah S.W.T.
betul kata orang, semakin dewasa semakin banyak yang kita pelajari. ada pahit manisnya. masalah peribadi, masalah dengan rakan. semuanya ada masalah dan setiap masalah ini ada jalannya. cuma terpulang kepada kita nak cari jalan penyelesaiannya atau tidak. pernah dengar ini "Asyik kita nak fikir perasaan orang lain,orang lain pernah pulak nak fikir perasaan kita". - khairul azkar-. memang ada pun. tapi apa yang boleh kita buat? sabar. kalau tak pun "slow talk". mungkin dapat legakan hati sedikit. itu salah satu daripada pengalaman. yang ini pula, kerjasama. yang ini susah sikit kalau bekerja dalam berkumpulan. ada sestengah orang tak dapat nak bagi komitmen yang sepenuhnya. geram pun ada. sabar...sabar pun ada tahapnya. mungkin satu hari nanti baru kita akan sedar akan kelakuan kita. memang manusia tak sempurna tapi cubalah berikan yang terbaik dalam segala apa yang anda lakukan.ihklaskan hati..dan jalan penyelesaian bagi masalah ini adalah mencari ahli kumpulan seelok-eloknya. kalau dah ditentukan oleh pensyarah, harap-haraplah mereka sedar akan komitmen mereka.
bersambung...
1 comment:
suka "ikhlaskan hati",
btul,kita manusia biasa,kdg2 tak perasan pun perilaku kita...
Post a Comment