Tuesday, September 14, 2010

Raya 2010

salam.


alhamdulillah raya kali ini sangat bermakna. kali ini beraya di kluang. sepatutnya di jelebu, memandangkan arwah atuk baru meninggal bulan dua dahulu, kami beraya ke sana. bukan mudah untuk kita menerima kehilangan seseorang. buat kali pertama, kesemua ahli keluarga arwah Cikgu Ismail berkumpul semuanya. rasanya, pertama kali. sewaktu arwah atuk meninggal pun tidak semua dapat berkumpul. betul kata orang setiap yang berlaku itu ada hikamhnya.















raya kali ini, kami mengubah kebiasaan tradisi raya. kami berkhelah di pantai penyabung di mersing. alang-alang tu, beraya ke rumah saudara mara. dan ketika beraya di rumah bekas anak murid arwah atuk, perasaan sedih timbul. bukan apa, atuk wan bercerita kepada tok jantan (bekas anak murid...tak sangka sehingga tua masih ingat akan gurunya.) yang dia sering teringatkan arwah. betul. bukan mudah untuk kita lepaskan orang tersayang. seperti yang berlaku di pagi raya, ketika kami mahu bersalaman, atuk wan secara tiba-tiba menangis. buat kali pertama kami beraya tanpa arwah. pilu. sedih. 

tapi bagi aku, inilah raya yang bermakna kerana semua dapat berkumpul. sempurna 7 adik beradik ibuku, 30 cucu. tiada lagi cicit buat masa ini. masa hadapan baru ada.

tahun ini juga aku sempat beraya ke rumah Shafaaina sebelum dia berangkat ke Beijing. di rumah dia jugalah, kami membuat reunion kecilan, dimana kepet dan juga alop turut beraya di rumahnya. dan ketika ini lah, kami menerima berita ibu Hani Raihan, bekas rakan sekolah aku meninggal dunia akibat kemalangan. inalillahiwainnahirajiun...


maryam kirana kata "makin lama makin ramai orang terdekat pergi dahulu...bila masa kita?"




 



No comments: