Friday, September 17, 2010

There She Goes..

salam.











semalam merupakan Hari Malaysia..ya, Selamat Hari Malaysia. tarikh ini juga merupakan tarikh dimana Nur Aqilah Tajudeen bekas ahli dorm, bekas rakan sekelas, bekas rakan sekuliah dan segala bekas berangkat meninggalkan negara, keluarga dan juga sahabat tersayang. bukan untuk berjalan-jalan tetapi melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Aqilah Tajudeen pada mulanya memulakan pengajian tinggi dengan Asasi Seni Bina Dan Reka Bentuk di CFS IIUM. bukan tidak berbakat, tapi sangat kreatif dan berjiwa seni. keluarganya pun berdarah seni. namun, hatinya tidak tetap pada bidang ini. pada dia, seni hanya sekadar hobi."Different people different toughts". Bagi aku pula berbeza, memang seni boleh dikatakan hobi tetapi hobi inilah yang akan menyara hidup yang akan datang nanti. Setelah berjaya memujuk ibunya, Aqilah Tajudeed atau lebih dikenali sebagai A.C dapat memasuki Universiti Alexandria di Mesir. dan dia tidak berkeseorangan, bekas "bed mate", bekas ahli dorm Khalisah Nor Hawan pun akan terbang ke negara padang berpasir. dalam hati berkata "semua orang nak fly....bila lah pulak nana nak fly ni?"...terfikir-fikir juga, kalau aku fly, boleh ke aku berdikari? chance for fly is after degree... insyaAllah i'll continue my studies for Masters level..


 p.s- Nur Aqilah Tajudeen dan Khalisah Nor Hawan semoga berjaya di sana...

No comments: