ini antara kenangan hidup yang telah aku lalui sebagai manusia bernama Farhana Fadzil. ye, memang hidup ini tak manis seperti gula. tipu kan kalau hidup tu bahagia sahaja. itu bukan hidup namanya tapi "fairy tale". even "fairy tale" pun ada juga liku-liku yang dihadapi kan? mula-mula manusia jahil, aku juga seperti itu. dan apabila kita semakin membesar, matang dan sudah tahu untuk menggunakan akal yang dikurniakan Allah S.W.T, kita boleh fikir apa yang betul dan apa yang salah. dan manusia juga sering melakukan kesilapan, aku juga sering melakukan kesilapan. sebab itulah kita kena belajar daripada kesilapan supaya tidak melakukannya lagi. jalan kehidupan ni, kita hanya merancang dan yang menetapkannya hanyalah Dia. kita sedaya upaya mahu lakukan yang terbaik. sedaya upaya yang kita mampu. untuk diri kita, ibu bapa kita, adik beradik kita, kawan-kawan kita dan untuk semua orang.
dari tahun ke tahun, macam-macam yang kita tempuh. dan semua ini menjadi kenangan untuk kita. atua lebih spesifik sejarah hidup kita. kalau kita menjadi tokoh negara, mesti masuk buku sejarah kan? haa..gurauan sahaja. tapi tak salahkan kalau kita mencuba dan satu hari ianya akan menjadi realiti.
dan dalam gambar pula, semua nampak bahagia. siapalah pula yang nak bergambar ketika marah? dan disebalik gambar ada ceritanya tersendiri. daripada awal perkenalan sehinggalah masing-masing sudah membesar. dari kita dukungan ibu kita sehinggalah kini. semuanya ada cerita dan kisah yang menjadi kenangan. sebab itulah penting juga untuk kita simpan gambar-gambar kita dan jadikan ia sejarah hidup kita. ha... kan dah boleh buat buku sejarah sendiri?
dalam blog ini ada cerita dulu, sekarang dan akan datang? akan datang ini hanyalah perancangan sahaja.
dalam blog ini ada cerita dulu, sekarang dan akan datang? akan datang ini hanyalah perancangan sahaja.
apa kata : kalau tengok balik gambar-gambar lama, pasanglah lagu slow ke..nanti datang lah perasaan rindu tu...
2 comments:
haih, tima internet takde dulu.
hari0hari bukak folder gambar tauuu.
seriously, i am still doing this every now and then :)
pictures tell us story..
Post a Comment