Saturday, November 13, 2010

Konklusi kepada Habis??

salam.


ini adalah sambungan bagi entri sebelum ini dan ini adalah konklusi bagi semester 1. kalau sebelum ini entri tentang orang serta persekitaran, yang ini pula tentang pembelajaran. ya, tak dapat dinafikan memang awal-awal dulu semangat nak belajar tu tak ada. sebab takut dengan lecturer. macam tak ikhlas belajar. yelah, baru nak mengenali pengajar. orang kata inilah proses pembelajaran. lama-lama, bila dah kenal pengajar baru kita faham apa kehendak dia dan faham "style" dia. dan ada sebab kenapa pengajar seperti itu. betul kata orang, tak kenal maka tak cinta. dan aku pula, akan kekal dengan pengajarku untuk semester depan insyaAllah. biarlah orang kata susah nak dapat markah dengan dia pun. itulah nama dia cabaran.
dan seperti biasalah selesai sahaja peperiksaan akhir semester (dulu sekolah pakai "peperiksaan akhir tahun...   =D  ) cuti pun bermula. perasaan seronok pun mucul dan berkata "hi!". perasaan gementar akan tiba nanti untuk berkata "haaa...ini result kau..."...

No comments: